Saturday, 1 August 2015

ANTARA MAKANAN YANG SPECIAL DI TAWAU


NASI KUNING  . kalau dalam daun pisang tu lagi sedap . ada aroma-ii daun pisang tu yang buat rasanya lagi sedap . ada nasi kuning ikan , ayam , dan telur . nasi kuning ni tinggalkan banyak kenangan la . masa aku kecik -ii , ni la aku punya sarapan hari-ii .\ haa , kiranya mak aku paling teror la kalau bab-ii nasi kuning nih . ada masa aku belajar tau . nasi kuning ni di masak dengan santan n kunyit . lauknya tu ikan masak bumbubali / ayam / telur rebus . ikut seleraa laa ya . biasanya orang tawau makan nasi kuning ni masa sarapan . harganya dak tetap . dalam RM 1 - 3.50 la yang paling mahal . yang mahal (rm 3.50) tu di restoran la biasanya . biasanya dijual dalam daun pisang . tengok penjual laa . kalau masa tu senang mau cari daun pisang , ok la . daun pisang di tawau ni bermusim , macam musim buah jugak . H A H A H A . kalau dak , di dalam tapau jak la . dalam plastik pun adaa ..

Ni pulak menu wajib orang sabah , tawau terutamanya pada hari raya . BURAS ataupun BURASAK. 
beras ni di masak dengan santan separuh masak . lepas tu di bungkus dengan daun pisang n di ikat dengan tali rafia ataupun tali-ii yang sesuai laa kan .

BEROBBOK . mungkin ni bahasa bugis . dia lebih kurang bubur ayam . memang sedap !!antara bahan-ii nya beras , ayam , jagung , bayam ,bawang , lada putih , masako ( penambah perisa ) , cara buat tu macam buat bubur jugak laa . ni aku dak tau jual di mana.

MARTABAK JAWA . lain daripada tempat lain . sedappp ! bahan-ii ada sayur campur ,  daging cincang , telur , bawang besar . di makan panas-ii dengan sambal kicapnya . addoi , sedapnyaaa . update blog sambil telan liur . harganya hanya RM 2.50 sajaa . boleh dapat di tawau .


SANGGAR CHEESE . "sanggar" ni membawa maksud pisang goreng . memang bahasa tawau ni lain-ii sikit. hehehe . sanggar ni di goreng macam biasa tapi diletakkan keju di atasnya . ada juga yang letak keju + coklat . memang sedap .harganya RM 2 untuk 7 keping pisang ni . yang aku makan hari tu dia letak cheese n campur di tabur dengan milo . memang layan la . sedapp !

SANGGAR PAPPEK . namanya memang lain sikit . masih lain macam lagi walaupun aku dah ubah namanya . hehehe . hidangan ni biasanya orang bugis la yang buat . aku pun dah lama dak makan sanggar ni .  lepas jak pisang ni di goreng , lepas tu di penyekkan . di makan dengan sambal belacan yang pedas n sedap . memang lain dari pisang goreng yang biasa kita makan tu . ada restoran yang jual dekat kfc empire . sebelah kfc tu la kedainya .

AMPLANG . keropok yang di buat dari ikan / udang . ni jugak antara yang terfemes di tawau . biasanya orang yang datang pi tawau dak sah kalau dak beli amplang ni . amplang ni jugak orang selalu buat ole-ole gitu . kalau orang mau ke semenanjung , mesti beli keropok amplang ni . harganya kalau dalam pek kecik cuma RM 5 . yang besar RM 10 . bole dapat di pasar tanjung @ pasar besar tawau berhampiran dengan pelabuhan tawau .

Setakat ni jak laa dulu aku update pasal makanan tawau yang mungkin sedikit pelik , tapi sedap dan murah kan ?

Friday, 31 July 2015

DAKWAH

"Jika bersama dakwah saja kau serapuh itu,
lalu sekuat apakah kau jika seorang diri?"
(Al Marhum) Ust KH Rahmat Abdullah

Sungguh, jalan ini bukan mudah, walaupun "usrah" sudah menjadi suatu fenomena yang popular dan diterima dalam masyarakat kita, tapi untuk membumikan fikrah "usrah" seperti yang kita fahami, masih jauh lagi perjalanannya, tapi segala puji bagi Allah, yang Maha Mengatur segala urusan kita, masih lagi hingga kini, dalam setiap langkah kita dipimpin olehNya. 

Frasa kata-kata tersebut diucapkan oleh Sang Murobbi dari bumi Indonesia, yang mana perjuangannya di jalan dakwah sehingga habis nyawanya (moga syurga buatmu), kata-kata yang begitu menginsafkan kita (so-called "daie") yang masih hijau dalam meniti jalan para rasul dan solehin ini. 

Kita(saya) walaupun sudah bergelar dai'e, lebih-lebih lagi yang sudah menjadi murobbi, kadang-kadang kita terlupa, kita cenderung untuk meluahkan rasa-rasa jiwa kita pada aksara kata tatapan manusia, daripada doa yang dipanjat dalam sujud kepada Yang Maha Esa. atau dalam tadah tangan yang mengangkat segala duka menjadi kuntum doa yang diangkat ke langit sana. 

Rapuh, iya, kita rapuh sebagai seorang hamba, dan rapuh itu membuatkan kita sedar tanpa Dia, kita bukan siapa-siapa. 

Lalu kata-kata ini mengetuk jiwa kita(saya), yang menyedarkan kita(saya) kembali bahawa jika dengan jalan dakwah ini saja kita(saya) sudah serapuh ini, bagaimana pula jika seorang diri? 

Ramai golongan yang walau sudah berada di jalan ini, tapi masih ragu-ragu, apa benar ijtihad kita? apa benar hala tuju cara gerak kerja kita? apa benar fikrah kita? dan keraguan-keraguan lain hingga membuatkan kita tidak lagi mahu mengikuti gerabak dakwah ini, lebih-lebih lagi apabila golongan ini telah melihat jatuh bangun dan cacat rompong jemaah ini, dari awal hingga kini, lalu semakin pudar keyakinan untuk melihat jalan dakwah ini berjaya. *maaf saya tidak mahu membangkitkan isu perbezaan jemaah di sini, kalau mahu berbincang, kita boleh bertemu muka suatu hari nanti inshaAllah :) *

"Seburuk apapun, sekeruh apapun kondisi kapal layar kita, janganlah sekali-kali mencoba untuk keluar dari kapal layar ini dan memutuskan berenang seorang diri, karena pasti kau akan kelelahan dan memutuskan menghentikan langkah yang pada akhirnya tenggelam di samudera kehidupan." - KH Rahmat Abdullah

Anggaplah jalan ini adalah kapal layar kita, secacat mana pun ia, marilah kita sama-sama perbaiki iman kita dan kapal layar kita, kerana ia adalah seperti "bahtera Nuh" yang akan menyelamatkan kita dari fitnah dunya, lalu membawa kita ke syurgaNya. 

Wednesday, 22 July 2015

AMALAN MAKAN KURMA

KURMA/ RUTOB 

Berdasarkan kajian Prof Madya Aslah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan "Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". (Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001). 

Prof Madya Aslah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan. 

Saidina Ali a.s. meriwayatkan "Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya". kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. 

Maksud Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. "Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu.“ 

Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak. 

Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) merumuskan kajiannya mengenai kurma seperti yang tersiar dalam majalah Mingguan Wanita bahawa sekiranya isteri-isteri yang hamil memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. 

"Melentur buluh biar dari rebungnya." Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. 

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: "Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma."

PUASA SUNAT AIDILFITRI

Puasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di bulan Syawal. Ianya sunat dan lebih afdhal dikerjakan secara berturut-turut di awal bulan Syawal iaitu bermula dari 2 haribulan Syawal, dan boleh juga dikerjakan secara berselang-seli ataupun dikerjakan bukan pada awal bulan Syawal.

NIAT PUASA
"Sahaja aku berpuasa sunat di bulan rejab kerana Allah Taala"